Lelaki warga asing kencing di tempat wuduk BSI ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing kencing di tempat wuduk BSI ditahan

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan seorang lelaki warga asing kencing di tempat wuduk BSI, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga asing yang bertindak biadap dengan membuang air kecil di tempat wuduk di Kompleks Sultan Iskandar (BSI) di sini ditahan polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang berusia 69 tahun itu ditahan sejurus dia selesai melakukan perbuatan tersebut.

“Polis menerima laporan berkenaan perbuatan jelik itu pada pukul 4.36 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan air kencing didapati negatif dadah.

“Polis masih menyiasat sebab lelaki tersebut berbuat demikian.

“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dan kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati masyarakat supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu ketenteraman awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya