Lelaki maut kepala terhantuk pada batu

Lelaki maut kepala terhantuk pada batu

GAMBAR kenangan Muhammad Syarzmer Mohd. Rodi (tiga) kanan bersama dengan isteri anak-anaknya semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kegembiraan seorang buruh yang membuat terjunan setinggi tiga meter semasa mandi Lata Berangin di Kuala Krai dekat sini semalam berakhir tragedi apabila dia ditemui maut selepas kepalanya terhantuk pada batu sungai.

Mangsa, Muhammad Syarzmer Mohd. Rodi, 32, disedari meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pengunjung melihat darah yang mengalir pada permukaan air selepas dia terjun ke dalam kawasan lata tersebut.

Kakak ipar mangsa, Mazlinda Leo Azaman, 33, berkata, dia menyedari kejadian selepas melihat beberapa pengunjung berada dalam keadaan kelam kabut selepas melihat darah.

Menurutnya, dia ketika itu bersama ahli keluarganya yang lain sedang mandi-manda di lata terbabit berada pada jarak dua meter dari lokasi mangsa jatuh.

“Orang ramai yang berada di situ turut memberi bantuan mencari dan menyelamat Muhammad Syarzmer yang dikatakan dihanyutkan arus di celah batu.

“Ramai yang mengatakan bahawa dia terjun setinggi tiga meter ke dalam air. Selepas 25 minit, Muhammad Syarzmer ditemui dengan bantuan orang ramai dengan bahagian kepalanya berlumuran darah selepas dipercayai terhentak pada batu,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah adiknya di Kampung Sokor, Kok Lanas di sini hari ini.

Mazlinda memberitahu, dia sempat memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa dengan bantuan dua doktor yang kebetulan berada di lokasi kejadian, namun Muhammad Syarzmer gagal diselamatkan dan dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, adik iparnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Sementara itu, isteri mangsa, Shaidatul Hasmira ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka ajakkan suami untuk berkelah di Lata Berangin berakhir dengan tragedi.

Ujarnya, arwah suaminya sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah baharu yang siap dibina pada Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu semalam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya