Lelaki maut dirempuh komuter

Lelaki maut dirempuh komuter

MAYAT mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. -GAMBAR ISHAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lelaki maut selepas dirempuh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan, Brickfields dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Amihizam Abdul Shukor berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pada 1.08 tengah hari.

Beliau berkata, siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati bahawa mangsa berbaring di atas landasan kereta api sebelum dirempuh oleh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan.

“Pihak Polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

“Bangsa tidak dapat dikenal pasti, berambut pendek, dan berpakaian baju dan seluar berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Pihak polis memohon masyarakat yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi pihak polis Brickfields di talian 03-22979222 bagi membantu pengecaman mayat.

“Pihak Polis juga ingin menasihatkan masyarakat supaya tidak melintas landasan kereta api sebaliknya menggunakan laluan pejalan kaki yang ditetapkan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya