Lelaki lari dari serbuan ditemukan lemas

Lelaki lari dari serbuan ditemukan lemas

PENDUDUK  menunjukkan lokasi penemuan mayat yang terapung di Sungai Kelantan dekat Kampung Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan semalam-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki yang bertindak melarikan diri semasa diserbu anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ditemukan lemas di Sungai Kelantan, Pasir Pekan di sini semalam.

Penemuan mayat lelaki berusia 28 tahun yang lengkap berpakaian itu diterima oleh pihak polis pada pukul 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, sisatan awal mendapati mangsa merupakan individu yang dipercayai melarikan diri semasa serbuan dilakukan oleh Maritim Malaysia di tebing sungai berhampiran Kampung Pasir Pekan Tengah pada Rabu.

Menurutnya, bertindak atas laporan, polis telah ke lokasi kejadian dan mendapati mayat tersebut berada dalam keadaan terapung.

“Mayat tersebut kemudian telah dibawa ke darat oleh pasukan bomba bagi mengelakkan ia terus hanyut dibawa arus sungai.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat tersebut suda membengkak dan berbau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Amran memberitahu, pemeriksaan yang dijalankan mendapati tiada sebarang kesan luka pada tubuh badan mangsa.

Katanya, hasil bedah siasat yang dilakukan pegawai perubatan mengesahkan punca kematian disebabkan oleh lemas.

“Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya