Lebih 80 rakyat Malaysia sambut Aidilfitri bersama di Cambridge - Utusan Malaysia

Lebih 80 rakyat Malaysia sambut Aidilfitri bersama di Cambridge

SEBAHAGIAN rakyat negara ini yang meraikan sambutan hari raya Aidilfitri di Westminster College, Cambridge, United Kingdom (UK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lebih 80 rakyat negara ini yang bekerja dan belajar di Cambridge, United Kingdom (UK) tetap meraikan sambutan hari raya Aidilfitri biarpun jauh dari kampung halaman dan keluarga tercinta.

Sambutan itu yang diadakan di Westminster College, Cambridge turut disertai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin.

Mohd. Sharkar dalam kenyataannya berkata, majoriti mereka bekerja dan belajar di Cambridge serta tidak pulang ke Malaysia bagi menyambut hari raya Aidilfitri kali ini.

“Selain mengeratkan hubungan, sambutan ini sebagai pengubat rindu buat mereka yang jauh dari tanah air.

“Ia juga dapat memperkenalkan budaya dan tradisi masyarakat Malaysia kepada orang luar di Cambridge dan UK,” katanya.

Mohd. Sharkar berkata, beliau gembira kerana dapat turut serta meraikan Aidilfitri bersama rakyat negara ini di Cambridge. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya