KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) masih memberikan kebenaran kepada semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan di bawah selainnya untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan di sekolah susulan cuaca panas yang sedang melanda ketika ini.
Menterinya, Fadhlina Sidek bagaimanapun berkata, kebenaran khas itu bergantung kepada situasi cuaca semasa bagi memastikan warga KPM dapat melaksanakan tugas dengan selesa sepanjang sesi persekolahan berlangsung.
“Segala keputusan berhubung perkara tersebut bukan dibuat oleh KPM, sebaliknya ia turut mendapat nasihat daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
“Ini kebenaran khas (pemakaian baju sukan), jadi ia bergantung kepada cuaca. Tempoh dan pelaksanaannya juga berdasarkan situasi semasa,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Jerayawara Pendidikan Madani Peringkat Negeri Kelantan dan Majlis Hari Raya Bersama Menteri Pendidikan di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikan bawah KPM diberi kebenaran khas untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan semasa cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.
KPM dalam kenyataan juga memaklumkan pemakaian tali leher tidak diwajibkan bagi murid yang memakai pakaian seragam sekolah.-UTUSAN