KPDN Pahang sita 16,000 liter minyak diesel subsidi di Indera Mahkota - Utusan Malaysia

KPDN Pahang sita 16,000 liter minyak diesel subsidi di Indera Mahkota

MUHAMAD RADZI Johari (kiri) menunjukkan tangki minyak diesel subsidi yang disimpan di pusat pengumpulan di gudang lama, Indera Mahkota di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tiga lelaki ditahan kerana dipercayai terlibat dengan sindiket pengumpulan minyak diesel bersubsidi di sebuah gudang penyimpanan di Indera Mahkota di sini pada 29 Mei lalu.

Ketua Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Muhamad Radzi Johari berkata, sendikit itu dipercayai menggunakan gudang lama yang dijadikan tempat pengumpulan minyak diesel sejak awal tahun ini.

“Serbuan di gudang lama tersebut dilakukan hasil maklumat awam dan risikan hampir seminggu oleh pihak penguatkuasa kementerian.

“Serbuan dilakukan kira-kira pukul 11 pagi semalam dan kita menahan tiga suspek dipercayai bekerja di kilang tersebut, seorang suspek adalah lelaki warga Rohingya, manakala dua lagi adalah warga tempatan.

“Kita juga merampas tiga kepala lori jenis ‘prime mover’ dan menyita dua tangki berisi 16,000 liter diesel dipercayai bersubsidi. Kesemua rampasan tersebut dianggarkan bernilai RM454,400,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Radzi berkata pihaknya sudah pun membuka kertas siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bermula Mac lalu, KPDN Pahang melipatgandakan pemeriksaan terhadap semua sektor industri berkaitan di negeri ini.

“Kita sudah pun memeriksa 571 premis di seluruh negeri ini bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan minyak diesel bersubsidi. Pemeriksaan yang dijalankan melalui Ops Tiris berjaya menyita diesel bersubsidi berjumlah RM792,944,” katanya.

Kesalahan menyeleweng minyak diesel bersubsidi boleh diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya