KPDN Kelantan patahkan cubaan seludup 1,700 liter petrol, diesel

KPDN Kelantan patahkan cubaan seludup 1,700 liter petrol, diesel

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Kelantan menunjukkan tangki tambahan yang terdapat pada sebuah kereta milik penyeludup semasa melakukan operasi di Tumpat, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup 1,700 liter minyak petrol dan diesel dalam dua serbuan berasingan di sini kelmarin.

Rampasan bahan petrol dan diesel hasil operasi bersepadu KPDN Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga dan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, rampasan pertama pada pukul 8.30 pagi itu dilakukan selepas pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang ditinggalkan di jalan Kasban, Pengkalan Kubor di sini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas kereta jenis Proton Wira Aeroback itu membawa kepada penemuan beberapa tong jerikin yang mengandungi 850 liter minyak diesel.

“Rampasan kedua dilakukan pada pukul 1 petang selepas kita berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Iswara di Chabang Empat.

“Pemeriksaan yang dilakukan telah menjumpai dua tangki tambahan yang diubahsuai mengandungi 850 liter petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM19,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya