Kontraktor tidak mengaku salah pecah amanah wang perniagaan - Utusan Malaysia

Kontraktor tidak mengaku salah pecah amanah wang perniagaan

MOHAMAD Izaan Syafiq Anuar (dua dari kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini bagi didakwa atas pertuduhan pecah amanah.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang kontraktor tidak mengaku salah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini atas tuduhan pecah amanah tahun lalu membabitkan wang rakan perniagaannya lebih RM400,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Tertuduh, Mohamad Izaan Syafiq Anuar, 29, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Berdasarkan pertuduhan, pada tarikh antara 1 April 2022 hingga 8 Mei 2022 bertempat di Kuala Pilah, tertuduh telah melakukan pecah amanah jenayah di mana tertuduh sebagai pemilik syarikat yang diamanahkan dengan wang pembayaran bagi projek penyelenggaraan jalan serta kerja-kerja berkaitan di sebuah kampung di sini.

Tertuduh telah menandatangani surat perjanjian di antara syarikat miliknya dengan sebuah syarikat lain di Kuala Pilah secara tidak jujur telah menyalahgunakan wang pembayaran projek berjumlah RM476,689 untuk kegunaan sendiri.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 405 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 406 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum dengan penjara tidak lebih 10 tahun dan dengan dengan sebat serta denda. Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 14 Jun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN