Ketua polis daerah jangan jadikan kertas akujanji sebagai ‘tisu’

Ketua polis daerah jangan jadikan kertas akujanji sebagai ‘tisu’

Ayob Khan Mydin Pitchay
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada lagi amaran diberikan terhadap ketua polis daerah (KPD) yang tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana aduan jenayah khususnya aktiviti perjudian di kawasan mereka.

Dengan nada tegas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua KPD diingatkan untuk mematuhi akujanji dalam melaksanakan tanggungjawab mereka membanteras aktiviti jenayah termasuk judi haram di daerah masing-masing.

Katanya, beliau tidak mahu akujanji yang ditandatangani semua KPD setiap bulan dianggap sebagai satu kertas tisu yang tiada nilai.

“Saya ada menerima maklumat bahawa ada di kalangan KPD tidak berpuas hati apabila saya menghantar pasukan khas Bahagian Siasatan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman untuk mengambil tindakan ke atas premis perjudian.

“Sepatutnya, semua KPD perlu pastikan keselarasan di antara tindakan kita dengan prinsip moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Mengulas lebih lanjut, KPD juga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan operasi berterusan dibuat ke atas pusat-pusat perjudian.

Malah, beliau mengakui kegiatan judi haram masih lagi berlaku dan usaha membanterasnya akan mengambil masa, namun, operasi secara berterusan akan diambil.

“Saya tahu, judi masih ada lagi. Bukan saya masuk JSJ hari ini esok sahaja hapus. 

“Tindakan itu mengambil masa tetapi yang penting adalah konsisten dan perlu mempunyai koordinasi yang mantap di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB),” jelasnya.

Ujar beliau, agensi-agensi ini memberi kerjasama yang baik menerusi operasi bersama yang dilaksanakan.

“Ada juga masyarakat mengadu kepada kita, kenapa apabila polis buat serbuan, tetapi premis judi itu masih beroperasi. Keadaan ini kerana, proses untuk membatalkan lesen permit  memakan masa dan pihak PBT perlu menunggu keputusan mahkamah dalam mengambil tindakan selanjutnya,” jelas beliau.

Sehubungan itu, pihaknya turut menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk memantau segala jenis kegiatan jenayah termasuk melaksanakan pemeriksaan dan operasi mengejut ke atas premis-premis judi di daerah-daerah.

Dalam perkembangan berasingan, Ayob Khan memaklumkan, sejak JSJ melancarkan talian hotline, pihaknya menerima 300 aduan atau maklumat daripada orang ramai.

Bagaimanapun katanya, apabila pihaknya menganalisa aduan yang dikemukakan oleh orang ramai, hanya kira-kira 10 aduan berkaitan JSJ.

“Yang lagi 200 lebih macam-macam maklumat orang beri. Jadi kita salurkan (kepada bahagian lain),” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya