Kertas rayuan pengampunan Najib akan dibincang waktu sesuai

Kertas rayuan pengampunan Najib akan dibincang waktu sesuai

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kertas rayuan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dibincangkan pada waktu yang lebih sesuai.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Khairul Dzaimee berkata, kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan yang terpakai.

“Urusetia Lembaga Pengampunan ingin memaklumkan bahawa kertas rayuan pengampunan Najib tidak dapat dibawa pada mesyuarat Lembaga Pengampunan kali ini (28 April lalu).

“Kertas berkenaan akan dipertimbangkan pada masa yang sesuai mengikut perundangan dan peraturan-peraturan yang terpakai,” katanya.

Khairul Dzaimee yang juga Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkata, persidangan ke-59 Lembaga Pembangunan pada 28 April lalu telah mempertimbangkan 10 kes rayuan pengampunan mengikut Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Raja atau Yang di-Pertua Negeri pula berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negeri terbabit.

Ketika ini, Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonan bekas Perdana Menteri untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan terhadapnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya