Kerana mahu cepat kaya, warga emas rugi RM205,990 - Utusan Malaysia

Kerana mahu cepat kaya, warga emas rugi RM205,990

RAMLI MOHAMED YOOSUF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara ingin cepat kaya, seorang warga emas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud sehingga mengalami kerugian berjumlah RM205,990.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, mangsa yang merupakan wanita tempatan berusia 70 tahun menyertai pelaburan berbentuk saham itu melalui sebuah laman sosial yang terkenal.

“Berdasarkan laporan diterima pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, mangsa mula berjinak-jinak dengan tawaran tersebut sejak 13 Mac lalu. Pada awalnya, mangsa membuka akaun permulaan bernilai RM2,000 dengan menyertai pelaburan saham tersebut pada 17 April hingga 21 April lalu.

“Warga emas tersebut terpedaya sehingga membuat transaksi sebanyak 11 kali terhadap akaun yang berbeza-beza diberikan suspek,’’ katanya dalam kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, mangsa menggunakan wang simpanan peninggalan mendiang suaminya hingga mengakibatkan total kerugian secara keseluruhannya berjumlah RM205,990.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket pelaburan tidak wujud yang semakin berleluasa.

“Masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya