Kerajaan tidak pernah ketepi kepentingan orang Melayu - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak pernah ketepi kepentingan orang Melayu

ANWAR Ibrahim sewaktu berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan pembangkang bahawa kerajaan yang ditadbirnya hari ini telah mengenepikan kepentingan dan hak orang Melayu di negara ini.

Perdana Menteri malah menjelaskan, kerajaan tidak pernah mengkhianati kepentingan-kepentingan orang Melayu sebaliknya terus mempertahankannya menerusi tindakan yang lebih teratur dan telus.

“Ada tokoh-tokoh Melayu, Tun, Tan Sri yang kaya raya heboh mahu jaga Melayu, mereka kata Anwar sudah tidak boleh harap, (Datuk Seri Ahmad) Zahid tidak boleh pakai, tidak boleh jaga Melayu. Saya mahu tanya mereka, apa yang kami serah? enam bulan kami pegang jawatan, saya beri apa?

“Apa saya khianat untuk orang Melayu? bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu? projek untuk Melayu kami pertahankan dan (projek) sedia ada Jana Wibawa, untuk orang Melayu, kami ambil tindakan sebab apa, ia projek orang Melayu tetapi diberikan kepada orang Cina, projek Melayu tetapi mereka ‘sakau’ duit.

“(Projek) tebatan banjir, kerana kita jimat dan laksanakan secara teratur, kita jimatkan RM2 bilion malah tambah lagi projek di Kota Tinggi dan Batu Pahat di Johor serta Sungai Golok dk Kelantan, itupun mereka kata kita zalim kepada orang Kelantan.

“Itu saya katakan tata kelola, jaga wang negara, jangan sakau, jangan ambil wang itu penting, sebab kalau ambil, projek jadi kurang, rakyat tidak dapat habuan, salah kami apa? enam bulan saya, Datuk (Seri) Ahmad Zahid, menteri-menteri lain semua berikan arahan, keluar tender, jangan ambil apa-apa komisyen, tidak ada tanah, saham, yang diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan dan Malaysia Madani di pekarangan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Anwar dalam pada itu sekali lagi mencabar bekas pemimpin negara untuk menjelaskan sumber kekayaan mereka dan keluarga serta berkongsi kekayaan tersebut dengan orang Melayu yang lain.

“Harta kamu yang berbilion, anak ada pesawat, ada kapal, ada bank di luar negara, jual itu semua, bawa balik dan berikan kepada orang Melayu di Malaysia ini, baru betul jadi Pejuang.

“Itu belum dijawab, saya minta mereka jawab, berapa bilion dia ada, mana dia dapat wang itu, pulangkan balik kepada orang Melayu di Malaysia,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya