Kerajaan Pahang cakna, bantu kebajikan adik Athif - Utusan Malaysia

Kerajaan Pahang cakna, bantu kebajikan adik Athif

SABARIAH Saidan (dua dari kanan) merai ibunya, Samaiyah Hasan (tiga dari kanan) pada majlis Sambutan Hari Ibu dan Hari Keluarga Antarabangsa Parlimen Bera di Kompleks Rakan Muda Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerajaan negeri cakna dan tidak lepas tangan membantu kebajikan kanak-kanak berusia 15 bulan, Muhammad Athif Fahri Mohd. Farhan atau Athif yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Sabariah Saidan memberitahu, setakat ini, keluarga kanak-kanak itu menerima bantuan kewangan RM500 sebulan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.

“Setakat ini, kerajaan negeri melalui JKM sudah memberi bantuan sebanyak RM500 sebulan. Kita juga menguar-uarkan kepada semua rakyat negeri ini, termasuk seluruh negara selain memohon kepada pihak korporat bagi menampung perbelanjaan adik Athif.

“Sebelum ini juga, kerajaan negeri juga menyumbang sebuah mesin pernafasan bagi memenuhi keperluan adik Athif yang bernilai RM23,000,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Hari Guru dan Hari Keluarga Antarabangsa sempena Program Jelajah Peduli Keluarga Parlimen Bera di sini hari ini.

Pada 15 Mei lalu, akhbar ini melaporkan bahawa selepas Wan Muhammad Naail atau Naail yang berjaya memperoleh RM9 juta hasil sumbangan orang ramai bagi merawat penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 dihidapinya, kini Athif juga mengharapkan keajaiban yang sama.

Dana terbabit adalah bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terbabit.

Sabariah berkata, pemantauan berkala turut dilakukan JKM negeri dan Kementerian Kesihatan menerusi klinik kesihatan berdekatan bagi memastikan kanak-kanak itu dalam keadaan yang sihat dan stabil.

“Apa yang diusahakan kerajaan negeri ini adalah sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan dan kesejahteraan keluarga di negeri ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya