Kerajaan Kelantan tawar 5,000 peluang kerja di Bandar Datuk Bentara Gua Musang

Kerajaan Kelantan tawar 5,000 peluang kerja di Bandar Datuk Bentara Gua Musang

AHMAD Yakob (empat dari kiri) merasmikan Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Datuk Bentara (BDB) di Kampung Panggong Lalat, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan Kelantan menawarkan 5,000 peluang pekerjaan kepada penduduk di daerah ini apabila Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Datuk Bentara Gua Musang di sini siap pada tahun 2035.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek pembangunan itu juga dijangka  menyediakan 4,000 rumah mampu milik dan 4,340 perumahan sederhana dengan keluasan lebih 1,600 hektar.

Menurutnya, kerjasama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Nextgreen Global Berhad telah dibentuk bagi pelaksanaan projek pembangunan RKK Bandar Datuk Bentara.

“Pembangunan RKK Bandar Datuk Bentara Gua Musang akan dilakukan secara berfasa dalam tempoh antara 10 hingga 15 tahun melalui tiga komponen utama iaitu Mahallah satu, dua dan tiga. 

“Mahallah satu merangkumi kawasan agro pelancongan dan pertanian majmuk seperti nangka madu, kelapa dan tanaman herba termasuk tongkat ali dan kacip fatimah.

“Mahallah ke dua pula meliputi perumahan, rumah mampu milik, kemudahan awam dan pusat kemasyarakatan setempat. Bagi Mahallah ketiga, ia tertumpu kepada pengkhususan kepada pembangunan kawasan industri ringan seperti pusat pengumpulan dan pemprosesan biojisim kelapa sawit selain pembangunan kilang pulpa berkapasiti 400,00 tan metrik,” katanya selepas merasmikan Pembangunan RKK Bandar Datuk Bentara Gua Musang di Kampung Panggong Lalat di sini hari ini.

Ahmad memberitahu, pembinaan bandar rendah karbon itu juga mampu menjadikan negeri ini sebagai peneraju kepada industri hijau negara.

Katanya, projek tersebut adalah langkah proaktif yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi mewujudkan sekuriti makanan yang kukuh dengan mewujudkan kilang baja dan makanan haiwan untuk kelangsungan kegiatan pertanian dan perternakan.

“Projek ini mampu menjana pendapatan yang lumayan dan menyumbang secara berterusan kepada pembangunan sosioekonomi negeri ini,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya