Kenaikan paras air laut Sabah tidak kritikal

Kenaikan paras air laut Sabah tidak kritikal

PH Sabah dan Jawatankuasa Teknikal MA63 masih berunding mengenai tuntutan 40 peratus hasil negeri itu yang dikutip Kerajaan Persekutuan. - IHSAN GOOGLE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Peningkatan paras air laut di Sabah belum mencapai tahap kritikal hingga mampu mengakibatkan bandar-bandar utama tenggelam bagi tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

Biarpun beberapa bandar di Sabah berada di kawasan tepi pantai namun, masih terlalu jauh untuk mengatakan bandar-bandar itu berisiko untuk tenggelam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr Rodeano Roslee berkata, ketika ini kenaikan paras air laut di Sabah hanya meningkat kira-kira dua sentimeter dalam tempoh setahun jadi, peningkatan itu tidak signifikan untuk mengakibatkan bandar tenggelam.

Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah ombak mara sehingga ke kawasan darat atau kejadian banjir pantai seperti yang pernah berlaku di Tanjung Lipat.

“Turut menjadi kerisauan kita adalah kebanyakan bandar di Sabah berada di tepi pantai seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu berada dekat dengan laut.

“Maka, langkah mitigasi perlu diambil di peringkat awal untuk memastikan penghadang ombak menjadi lebih tinggi dan pemecah ombak dengan menggunakan gabion juga perlu dipasang agar boleh menghalang ombak mara ke kawasan darat.

“Justeru, kita menyarankan kerajaan untuk mengambil langkah mitigasi dan berjaga-jaga dalam menerima apa juga impak bencana sama ada peningkatan paras air laut mahupun hakisan pantai kerana kita terdedah dengan kejadian-kejadian sebegitu,” katanya.

Namun, untuk meramalkan bandar di Sabah berpotensi tenggelam masih terlalu jauh kerana peningkatan paras air laut tidak begitu kritikal di negeri ini.

Rodeano berkata, di Malaysia ada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan agensi berkaitan untuk memantau paras air laut untuk memastikan ia tidak memberi kesan kepada ekosistem pantai.

Tanaman pinggir pantai akan terjejas sekiranya darjah kemasinan air laut meningkat akibat. Malah, peningkatan darjah kemasinan air laut boleh mengganggu kestabilan air bawah tanah yang menjadi sumber air di beberapa kawasan di Sabah.

Sekiranya air laut menjadi lebih masin maka, sumber air yang digunakan sebahagian penduduk di negeri ini akan terjejas.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan beberapa bandar bakal tenggelam susulan pemanasan global dan cuaca ekstrem yang akan menyebabkan kenaikan paras air laut menjelang 2050.

Antara negeri yang bakal terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Sarawak. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya