Kemarau: LTKN tangguh seketika tanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu

Kemarau: LTKN tangguh seketika tanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu

IDRIS Mohd. Salleh.-UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menangguhkan seketika kerja-kerja penanaman kenaf di Kelantan dan Terengganu berikutan musim kemarau yang sedang melanda ketika ini.

Ketua Pengarahnya Idris Mohd. Salleh berkata, langkah itu bertujuan menggelakan petani daripada mengalami kerugian akibat kemarau.

Menurutnya, hal ini kerana cuaca panas ‘melampau’ akan memberikan kesan tidak baik kepada tumbesaran pokok kenaf.

“Arahan penangguhan itu melibatkan seramai 33 orang petani di Kelantan dan Terengganu 43 orang. Jumlah keluasan tanaman di kedua-dua negeri tersebut melibatkan 500 hektar.

“Kebiasaan penanaman kenaf dibuat sepanjang tahun bermula Januari hingga Ogos. Sepanjang tempoh tersebut kita tidak berdepan masalah, kecuali tahun ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara di Ibu Pejabat LKTN, di sini hari.

Mohd. Idris memberitahu, bagaimanapun penanaman kenaf di Kedah, Perlis dan Pahang masih berjalan seperti biasa.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya