Kekasih lakukan perbuatan jelik dalam kereta direman empat hari - Utusan Malaysia

Kekasih lakukan perbuatan jelik dalam kereta direman empat hari

TANGKAP layar rakaman yang tular menunjukkan pasangan kekasih melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kereta di kawasan tasik di Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sepasang kekasih direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan atas tindakan mereka melakukan perbuatan jelik dalam sebuah kereta pada 21 Mac lalu.

Perintah reman terhadap pasangan lelaki berusia 29 tahun dan wanita 19 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurzihan Abdul Rehman bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 11 pagi, 21 Mei lalu.

“Polis mengesan video tular berkenaan sebelum mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Tasik Bandar, Jalan Besar, Pasir Gudang.

“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek yang berusia 27 dan 19 tahun itu ditahan secara berasingan di kediaman mereka di Tanjung Puteri Resort dan Taman Rinting, Pasir Gudang pada pukul 11 malam dan 11.45 malam, kelmarin.

Polis turut merampas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih dan hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah.

Terdahulu, video berdurasi 42 saat itu tular dalam media sosial selepas dimuat naik pemilik laman sosial Facebook Izwan Mansur di ruangan Komuniti Scientex Pasir Gudang.

Rakaman itu memaparkan pasangan itu sedang melakukan perubatan tidak senonoh dan melanggar etika kesopanan di tempat awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya