Kegagalan tadbir urus AKSB punca masalah air di Kelantan tidak selesai-Nik Nazmi

Kegagalan tadbir urus AKSB punca masalah air di Kelantan tidak selesai-Nik Nazmi

NIK Nazmi Nik Ahmad (dua kanan) beramah mesra bersama mahasiswa pada Program Townhall Madani bersama Mahasiswa di UiTM Machang, Kelantan hari ini. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Kegagalan aspek pengurusan selain tadbir urus syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dilihat menjadi punca utama kepada masalah air di Kelantan terus berlanjutan dan tidak pernah selesai.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, soal peruntukan sememangnya menjadi sebahagian daripada isu, namun faktor utama kepada permasalahan tersebut adalah kegagalan tadbir urus AKSB.

Menurutnya, perkara itu turut diakui oleh bekas Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika memegang jawatan tersebut sebelum ini.

“Perkara itu (kegagalan tadbir urus) tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa. Oleh itu, soal peruntukan kita boleh bincang, namun aspek tadbir urus atau soal pengurusan di sini, ia tidak pernah selesai.

“Berilah duit (peruntukan) banyak mana pun, ia tidak akan menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas sesi Townhall Madani @UiTM Machang di Dewan Pro UiTM Cawangan Machang di sini hari ini.

Nik Nazmi memberitahu, pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan masalah air dengan melihat komitmen daripada kerajaan negeri.

“Ini bukannya melibatkan isu air atau air tidak cukup. Kita boleh lihat semasa musim banjir apabila banyak air boleh simpan atau boleh ditakung di Kelantan.

“Jadi, cara untuk menguruskan air ini boleh menyelesaikan (masalah bekalan air) kerana permintaan air di Kelantan tidak terlalu besar,”ujarnya.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya