Jualan Mega Ehsan Rahmah untuk rakyat Selangor

Jualan Mega Ehsan Rahmah untuk rakyat Selangor

SALAHUDDIN Ayub (dua kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) beramah mesra bersama pengunjung yang membeli barangan di Tapak Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) selepas majlis pelancaran di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Rakyat Selangor berpeluang mendapatkan barangan keperluan serendah 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran pada Program Jualan Mega Ehsan Rahmah (JER) yang dilancarkan hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, ini merupakan satu berita gembira buat rakyat negeri ini kerana rakyat mendapat keuntungan kerana dapat membeli dengan harga yang lebih murah.

 “Tujuh jenis barang keperluan asas utama pengguna seperti ayam segar, beras, telur ayam, minyak masak, ikan, gula pasir dan daging sejuk beku dijual di mana tempoh jualan adalah selam tiga jam dengan konsep premis terbuka.

“JER ini akan membantu isi rumah yang memerlukan terutamanya golongan berpendapatan rendah B40 dan kementerian akan terus kekal proaktif melakukan libat urus dengan semua pemain industri.

“Tanpa keterlibatan pemain industri dan tokoh-tokoh korporat, kita tidak akan berjaya. Petang ini, kita  akan di bawa dalam mesyuarat kabinet untuk dibincangkan dengan lebih lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Jualan Mega Ehsan Rahmah di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), di sini, hari ini.

Program JER Selangor ini merupakan kerjasama strategik yang digerakkan antara Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor bersama Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Kerjasama ini adalah gabungan dan penyelarasan dua program iaitu Program Jualan Rahmah dan Jualan Ehsan Rakyat yang dijenamakan semula kepada JER.

Salahuddin turut berkata, terdapat lagi satu berita gembira buat rakyat di mana KPDN sedang menerokai untuk melaksanakan jualan barangan elektrik rahmah dalam masa terdekat.

“Terdapat syarikat yang sudah menghubungi kami dan libat urus sudah dimulakan, jadi dalam masa terdekat rakyat boleh membeli barangan elektrik dengan harga yang rahmah,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Jualan Ehsan Rakyat di Selangor yang sudah dimulakan dari September tahun lepas mencapai kutipan RM37 juta, ini bermakna RM18 juta wang rakyat telah jimat.

Hampir setiap isi rumah terutamanya kelompok B40 mendapat nikmat manfaat daripada program ini dan kami akan terus perbanyakkan lagi tawaran untuk membantu rakyat.

“Majoriti harga barangan di pasaran juga terkawal dan barangan juga tiada gangguan,” ujarnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya