JKDM Kelantan rampas 2.09 juta batang rokok seludup

JKDM Kelantan rampas 2.09 juta batang rokok seludup

WAN Jamal Abdul Salam Wan Long (kanan) memeriksa rokok seludup yang dirampas di Pejabat Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 2.09 juta batang rokok seludup dalam  serbuan di pesisir pantai Senok, Bachok dekat sini pada Selasa.

Rampasan rokok termasuk cukai berjumlah RM1.4 juta itu dilakukan pada pukul 11 malam oleh Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Rantau Panjang hasil maklumat risikan.

Pengarahnya, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, semasa serbuan dilakukan pihaknya telah menjumpai sebuah lori seberat 10 tan yang di pakir dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas lori berkenaan membawa kepada penemuan bungkusan kotak berwarna coklat mengandungi rokok seludup.

“Siasatan awal mendapati, rokok tersebut dibawa dari negara jiran  ke Kelantan melalui jalan laut menggunakan bot.

“Ini merupakan rampasan pertama rokok seludup pada tahun ini yang menjadikan pesisir Pantai Senok, Bachok sebagai lokasi barangan tersebut,” katanya semasa sidang media di Pejabat Penguatkuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok-rokok yang dibawa masuk itu untuk pasaran luar Kelantan.

Katanya, JDKM Kelantan masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barang dan lori tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

“Besar harapan saya, agar orang ramai dapat membantu pihak JKDM memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah dan kenderaan dengan menyalurkan maklumat berkait dengan kegiatan tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya