JBPM Kelantan nafi berdepan masalah air padam kebakaran

JBPM Kelantan nafi berdepan masalah air padam kebakaran

TANGKAP layar twitter yang tular mendakwa anggota bomba berdepan masalah air untuk memadam kebakaran di Kampung Pauh Padang Tengah, Salor, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menafikan dakwaan pihaknya berdepan masalah air semasa melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di Kampung Pauh Padang Tengah, Salor, di sini, sebagaimana tular di twitter.

Pengarahnya, Zainal Madasin berkata, kenyataan yang dimuat naik itu tidak benar sama sekali kerana JBPM Kelantan sentiasa menyediakan bekalan air walaupun berdepan dengan kemarau ketika ini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi  JBPM Kelantan mendapati tiga buah rumah tersebut sudah terbakar sebanyak 80 peratus.

“Berbekalkan dua jentera dengan kapasiti air yang mencukupi pada hari kejadian, anggota bertugas berjaya mengawal kebakaran tersebut.

“Jadi kita berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi sendiri tanpa mengetahui situasi sebenar kerana ia boleh menimbulkan persepsi kurang baik kepada pihak jabatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial berhubung kebakaran berkenaan yang mendakwa tiada bekalan air ketika bomba tiba untuk memadam kebakaran. 

Sementara itu usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan reaksi daripada pihak Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) menemui jalan buntu apabila gagal di hubungi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya