Jangan tarik subsidi tarif elektrik -Dominic

Jangan tarik subsidi tarif elektrik -Dominic

DOMINIC Lau (tengah) memegang poster berkaitan politik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cuaca panas yang melanda negara bukan dalam kawalan rakyat dan kerajaan digesa tidak menarik subsidi tarif elektrik pada waktu ini.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, tidak wajar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penarikan semula subsidi tarif elektrik bagi kediamaan yang menggunakannya pada kadar yang tinggi.

“Kerajaan harus memahami kesusahan rakyat, jangan sesuka kati menaikkan kadar tarif elektrik di negara ini. Kerajaan sepatutnya sentiasa bersama dengan rakyat.

Kalau bukan cuaca panas, rakyat pun tidak menggunakan elektrik secara melampau, perkara ini tidak dapat dikawal,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat ahli jawatan kuasa pusat parti itu di Ibu Pejabat Parti Gerakan, di sini, hari ini.

 Terdahulu, Anwar dalam satu majlis mengumumkan, tiada lagi subsidi tarif elektrik bagi kediaman yang menggunakan bekalan elektrik yang tinggi pada masa depan.

 Ini bermaksud, kediaman yang dikategorikan sebagai ‘penggunaan elektrik tinggi’ tidak seharusnya menikmati subsidi tarif elektrik disediakan kerajaan.

 Kalangan B40 dan M40 bagaimanapun masih kekal tiada kenaikan (tarif elektrik), namun, kediaman yang menggunakan elektrik yang tinggi akan dikenakan bayaran ikut harga pasaran.

 Dominic memberitahu, kerajaan mahu penjimatan dilakukan dalam isu elektrik, tetapi tetap mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri sehingga di enam negeri dan mengadakan cabutan bertuah.

 “Jangan nak tipu rakyat, mereka sedar dan bukannya bodoh. Ini semua merupakan agenda politik kerana Pilihan Raya Negeri sudah hampir,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya