JAINJ akan pastikan ‘Gang Bang JB Party’ tak diadakan - Mohd. Fared - Utusan Malaysia

JAINJ akan pastikan ‘Gang Bang JB Party’ tak diadakan – Mohd. Fared

Mohd. Fared Mohd. Khalid
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) akan memastikan pesta seks bebas, ‘Gang Bang JB Party’ tidak akan dapat dianjurkan di mana-mana lokasi di negeri ini walaupun berubah tarikh dan lokasinya.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor bagi memastikan kegiatan tidak bermoral itu dapat dicegah dan diatasi.

Walaupun akaun Twitter yang mempromosikan aktiviti itu sudah ditutup, pihaknya akan terus memantau dan meneliti laman-laman media sosial yang telah dikenal pasti terbabit.

“Apa juga tarikh yang dia buat ataupun tempat mana yang akan diubah, JAINJ bersama PDRM Johor serius untuk tidak mengizinkan perkara terkutuk ini daripada berlangsung. Setakat ini tak ada lagi pesta seks lain dilaporkan, walau apa pun perancangan pihak penganjur itu, kita akan pastikan ia tidak boleh dilaksanakan, itu komitmen kita,” katanya, di sini hari ini.

Rabu lalu, tular poster atau kad jemputan dalam Twitter ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan bermula pukul 4 petang hingga 9 malam pada 20 Jun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat turut memberi amaran kepada penganjur pesta seks bebas itu supaya membatalkan acara tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Fared mengajak netizen khususnya warga Johor untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak penguat kuasa dengan melaporkan tentang penganjuran program tidak bermoral itu dan tidak bersubahat.

“Kalau dapat maklumat tentang perkara-perkara buruk macam ini, segera lapor kepada pihak berkuasa atau kepada saya sendiri. Kita tak nak buat perkara yang haru-biru, kita bukan nak serang mereka dan kita pun tak ada kuasa, biarlah polis buat kerja mereka untuk mencegah benda yang mungkar daripada berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai sama ada identiti penganjur pesta seks bebas itu sudah dikenal pasti atau tidak, beliau berkata, individu itu kini dalam pemantauan pihak berkuasa.

“(Identiti) Anda telah pun diketahui, maka sembunyilah dekat mana sekali pun, kita akan tahu dan anda sedang diperhatikan. Terima kasih saya ucapkan kepada kehebatan PDRM kita yang dapat mengesan individu terbabit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya