Jabatan Kesihatan, Pendidikan bincang isu cuaca panas melampau di Kelantan

Jabatan Kesihatan, Pendidikan bincang isu cuaca panas melampau di Kelantan

DR. Zaini Hussin (dua dari kiri) semasa menghadiri Majlis Ramah Mesra KPDN Kelantan di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU : Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sudah duduk semeja bagi membincangkan langkah-langkah keselamatan dalam berdepan cuaca panas melampau dalam menangani serangan strok haba.

Pengarahnya Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan risiko serangan strok haba kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak.

“Semalam JPN telah memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah mengenai langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti berpandukan amaran tahap satu hingga empat.

“Saya berpuas hati dengan penerangan diberikan. Pada masa sama JKNK berharap golongan ibu bapa dapat memainkan peranan dalam memberikan pededahan bahaya serangan stork haba kepada anak-anak masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, golongan ibu bapa turut disaran memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh terdedah kepada pancaran matahari dan aktiviti luar premis bagi mengelakkan serangan strok haba.

Katanya, serangan strok haba tidak boleh diambil mudah keran ia boleh meragut nyawa.

“Jadi bagi mereka yang terpaksa menjalankan tugas di lapangan yang terdedah terus kepada matahari boleh menggunakan pelindung seperti payung, topi dan sebagainya. Tetapi sebolehnya elakkan daripada berada di luar premis,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu JKN Kelantan telah memantau penyakit-penyakit berkaitan cuaca seperti kelesuan atau strok haba.

“Setakat ini hanya ada dua kes melibatkan strok haba dengan satu kematian. Kita harap curahan hujan kebelakangan ini dapat membantu menurunkan suhu panas yang dialami pada masa ini.

“Bagaimanapun kita berharap masyarakat dapat terus mengamalkan langkah pencegahan disarankan kerana situasi suhu panas luar biasa mungkin akan berterusan sehingga Ogos nanti,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya