Ingin pinjam kembangkan bisnes, peniaga pula tertipu, rugi hampir RM60,000 - Utusan Malaysia

Ingin pinjam kembangkan bisnes, peniaga pula tertipu, rugi hampir RM60,000

Mohd. Sohaimi Ishak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hasratnya ingin mendapatkan pinjaman kewangan untuk mengembangkan perniagaan, namun akhirnya seorang lelaki  ‘terjerat’ serta mengalami kerugian hampir RM60,000 akibat tertipu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa mula terpedaya selepas menerima satu mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang lelaki yang menawarkan skim pinjaman wang mudah dan cepat.

Mangsa minat dengan tawaran itu dan berhasrat membuat pinjaman sebanyak RM70,000 untuk mengembangkan lagi perniagaannya.

“Mangsa kemudiannya diminta menghubungi seorang lelaki lain dan suspek memberitahu mangsa perlu membuat pendahuluan kerana skor kelayakan untuk membuat pinjaman kurang memuaskan.

“Mangsa tanpa berfikir panjang lalu membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank berlainan sehingga berjumlah RM56,880,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Setelah melakukan pemindahan itu, status permohonan pinjamannya masih belum diluluskan sebelum lelaki berkenaan mula mencurigai suspek apabila terus meminta mangsa memindahkan wang bagi meningkatkan ‘credit scoring’.

Ekoran berapa tertipu, mangsa tampil membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam, di sini semalam.

Mohd  Sohaimi berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pinjaman wang mudah dan cepat secara dalam talian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya