HPUniSZA terima pesakit luar bermula Julai 

HPUniSZA terima pesakit luar bermula Julai 

HPUniSZA, Kuala Nerus dijangka menerima pesakit luar secara berperingkat bermula Julai ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) dijangka menerima pesakit luar secara berperingkat bermula Julai tahun ini.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Dr. Fadzli Adam berkata, hospital berkenaan memiliki sembilan klinik pakar dan 10 wad selain mampu memuatkan 100 pesakit dalam satu masa.

Menurut beliau, antara fokus kepakaran di HPUniSZA ialah pembedahan atau rawatan jantung, kardiologi, ortopedik, oftalmologi (mata) dan psikiatri bagi pesakit dewasa serta kanak-kanak.

“Bagi peringkat pertama iaitu pada Julai ini, kita bermula dengan pesakit luar sebelum pengoperasian penuh kemasukan ke wad dan bilik bedah yang dijangka sebelum penghujung 2023.

“Pada 2024 pula kita akan tambah kapasiti katil kepada 200 buah dan 12 bilik pembedahan selain melantik lebih sehingga 10 orang pakar berbanding empat yang ada sekarang.

“Menariknya, HPUniSZA akan menjadi antara hospital yang melaksanakan amalan patuh syariah di negara ini dengan meletakkan syiar Islam pada tempat paling atas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas program berbasikal Institut Jantung Negara (IJN) ‘Ride 4 Your Heart’ yang disertai lebih 620 peserta dari seluruh negara bagi kategori 30, 88 dan 120 kilometer.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Akmal Arief Mohamed Fauzi, berkata, pembukaan HPUniSZA pada tahun ini akan memudahkan penduduk di Pantai Timur mendapatkan rawatan jantung dan lain-lain tanpa perlu dihantar ke IJN di ibu negara.

“Kedudukan HPUniSZA adalah strategik bagi rakyat di Terengganu, Kelantan dan utara Pahang bagi mengesan atau mendapatkan rawatan penyakit lanjut.

“Melalui kerjasama IJN dan UniSZA ini, kami akan memberi perkhidmatan pakar selain menyediakan latihan bagi tujuan pendidikan akademik yang akan memanfaatkan semua pihak.

“Ini adalah satu sejarah juga kerana ianya kerjasama pertama IJN bersama hospital di luar Lembah Klang. Mungkin selepas ini kita akan lihat peluang di tempat lain bagi tujuan sama,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya