Harga hotel, kereta sewa Langkawi kembali normal

Harga hotel, kereta sewa Langkawi kembali normal

ORANG ramai mengunjungi acara LIMA ‘23 yang berlangsung selama lima hari di Pulau Langkawi. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Harga bilik hotel dan kereta sewa di Langkawi kembali normal selepas penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23).

Hal ini berikutan pameran itu sudah melabuhkan tirainya kelmarin dan kini bersambung dengan musim cuti sekolah.

Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Kedah/Perlis (MAH), Eugene Dass berkata, sewaktu pameran Lima’23, kebanyakan hotel berdaftar di bawah persatuan itu menjadi pilihan pelawat perdagangan yang memiliki kuasa mata wang lebih tinggi.

“Sekarang, musim cuti sekolah selepas LIMA ‘23, bermakna harga bilik sudah kembali seperti biasa kerana jangkaan kita untuk tempahan bilik adalah sebanyak 60 peratus sahaja.

“Semasa LIMA harga bilik dinaikkan sehingga 20 peratus dan tetamu antarabangsa mampu untuk membayar harga bilik yang lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

LIMA ‘23 yang menyaksikan kehadiran 45,000 pelawat perdagangan dari pelbagai negara menghadiri acara dwi tahunan itu yang berlangsung sejak Selasa hingga kelmarin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya