Hampir 29,000 sisa pepejal dilupuskan sepanjang Aidilfitri di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Hampir 29,000 sisa pepejal dilupuskan sepanjang Aidilfitri di Negeri Sembilan

SITI Yusnita Mohamad (kiri) bersama Mohd. Norlisam (lima dari kanan) dan Chencho G. Dorjee (lima Dari kiri) bergambar bersama delegasi daripada United Nation Development Fund yang melawat Pusat Pandu Lalu KITARecycle di Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Forest Heights, Seremban hari ini. UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 28,993.94 tan sisa pepejal dilupuskan sepanjang sebulan perayaan Aidilfitri tahun ini di Negeri Sembilan.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Sembilan, Siti Yusnita Mohamad berkata, jumlah tersebut bagaimanapun menurun berbanding tahun lalu.

“Ia menurun berbanding perayaan Aidilfitri tahun lalu iaitu sebanyak 29,124.33 tan. Ini merupakan penurunan sebanyak 131 tan iaitu 0.5 peratus pengurangan sisa pepejal pada musim perayaan kali ini

“Daripada jumlah itu, sebanyak 3,373 tan sisa pepejal bagi isi rumah,” katanya kepada pemberita selepas majlis Sesi Teh Tarik Bersama Media di Pusat Pandu KITARecycle, Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) Mohd. Norlisam Mohd. Nordin dan Pengurus Program United Nation Capital Development Fund, Chencho G. Dorjee.

Siti Yusnita dalam pada itu memberitahu, pada mulanya pihaknya menjangkakan akan berlaku peningkatan penghasilan sisa pepejal ekoran cuti panjang pada perayaan Aidilfitri kali ini. 

“Bagaimanapun, saya difahamkan masyarakat mula mempunyai kesedaran dengan membeli secara berhemah, merancang pembelian dan mengurangkan pembaziran,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohd. Norlisam berkata, pihak SWM Environment bercadang untuk menambah dua buah pusat pandu lalu KITARecycle di negeri menjelang penghujung tahun ini. 

Jelas beliau, cadangan itu selepas mengambil kira kesedaran orang ramai di negeri dalam amalan kitar semula dilihat meningkat melalui program KITARecycle.

“Kami ada cadangan untuk menambah dua lagi pusat pandu lalu KITARecycle iaitu di Nilai dan sebuah lagi di bahagian di Kuala Pilah. Ia berikutan kesedaran masyarakat untuk mengasingkan sisa pepejal kitar semula ini dilihat mula meningkat dari semasa ke semasa,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya