Haji: Zul Ariffin tunda lakonan

Haji: Zul Ariffin tunda lakonan

Zul Ariffin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zul Ariffin terpaksa menun­da beberapa projek lakonan selepas mendapat tajaan me­nunaikan haji pada 10 Jun depan.

Pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia tidak mengetahui tempoh keberadaan semasa me­laksanakan Rukun Islam kelima itu.

“Ada beberapa projek yang terpaksa saya tunda termasuk bersama Astro. Kalau ibadah umrah kita boleh jangka berapa lama sebab kita sudah tahu bagaimana keadaannya. Namun, ibadah haji saya belum tahu.

“Disebabkan itu, saya terpaksa tunda projek kera­na bimbang tak dapat beri komitmen. Saya menerima jemputan tapi bukan melalui Tabung Haji,” katanya semasa lawatan media filem Syerif di Lapangan Terbang Lama Sungai Besi, di sini, kelmarin.

Pelakon Lelaki Terbaik Fes­tival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) itu turut teruja apabila diberi rezeki menunaikan haji selepas tiga kali mengerjakan umrah.

Katanya, dia kini sedang sibuk membuat persiapan dan menghadiri beberapa kursus haji sebelum bertolak ke Tanah Suci Mekah dalam tempoh dua minggu lagi.

“Sudah rezeki saya tiba-tiba dijemput (menunaikan haji). Saya tak gementar, saya sangat teruja sebenarnya.

“Sebelum ini, saya pergi menunaikan umrah tiada lautan manusia. Kali ini saya akan alaminya sendiri sebab selalunya tonton dalam televisyen sahaja. Tambahan pula, musim panas sebab suhu di sana sekarang mencecah 45 darjah celsius,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya