Gula pulih, tiada pembelian panik

Gula pulih, tiada pembelian panik di Kelantan

MD. Asri Hussin menunjukkan bekalan gula di kedainya pulih ketika tinjauan di Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bekalan gula di negeri ini dilihat semakin pulih apabila semua premis perniagaan termasuk kedai-kedai runcit di kawasan kampung mula menjual bahan mentah tersebut sejak beberapa hari lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di Tumpat dan Pasir Mas mendapati tiada pembelian panik berlaku dan orang ramai mulai bebas untuk mendapatkan bekalan gula tanpa had.

Seorang peniaga, Md Asri Hussin, 58, berkata, sejak bekalan gula mulai pulih, dia tidak mengehadkan pembelian bagi membolehkan orang ramai mendapatkan bahan mentah itu.

“Kalau pelanggan nak beli lima kilogram pun saya bagi, kebetulan stok baru sampai. Jadi, tidak perlu membuat pembelian panik kerana bekalan sudah pulih,” katanya.

Peniaga di Pasir Mas Suraya Harun, 34, memberitahu, bekalan gula di kedainya pulih seperti biasa.

“Sebelum ini saya terputus bekalan gula hampir seminggu, sejak minggu ini gula banyak.

“Pembeli boleh datang beli, gula ada dan tiada had pembelian,” ujarnya.

Sementara itu seorang pengguna Zakiah Abdullah mengakui lega apabila bekalan gula kembali pulih.

Katanya, situasi itu memboleh kedai makan miliknya kembali beroperasi seperti biasa selepas bekalan gula ‘kering’ sejak dua minggu lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya