KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan diminta menimbang memberi kelonggaran kepada pelajar mengenakan pakaian sukan berikutan kebimbangan peningkatan kes strok haba akibat gelombang panas yang dijangka berlarutan sehingga Jun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan demi keselesaan dalam kalangan pelajar sekolah. “Seharusnya pihak kementerian memberi kelonggaran tidak berpakaian formal seperti biasa, khususnya penggunaan tali leher dan kot di sekolah. Pelajar-pelajar perlu diberi kelonggaran dan dibenarkan memakai baju sukan supaya dapat mengelakkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya