Dua remaja maut, motosikal ditunggang bertembung - Utusan Malaysia

Dua remaja maut, motosikal ditunggang bertembung

KEADAAN motosikal kedua-dua yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Dua remaja maut apabila motosikal ditunggang hilang kawalan lalu bertembung di Jalan Felda Air Tawar 4, di sini.

Dalam kejadian pukul 8.40 malam tadi itu mengakibatkan kedua-dua mangsa, Mohamad Haiqal Sahrel, 17, dan Muhammad Iman Firdaus Norhisham, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, kedua-dua mangsa menunggang motosikal jenis yang sama, iaitu Yamaha Y15 ZR.

“Siasatan awal mendapati seorang mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari Felda Air Tawar 4 menghala ke Felda Air Tawar 5 semasa sampai di jalan utama Felda Air Tawar 4 telah hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan.

“Keadaan itu menyebabkan motosikal mangsa bertembung dengan sebuah lagi motosikal jenis Yamaha Y15 ZR dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat kemalangan tersebut kedua-dua remaja tersebut cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui kejadian sebenar.

Orang awam dinasihatkan supaya lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya