Dua lagi ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan - Utusan Malaysia

Dua lagi ditahan disyaki terlibat dalam pergaduhan

Balveer Singh Mahindar Singh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis  menahan dua lagi individu yang disyaki terlibat dalam pergaduhan di kawasan Tampoi, di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada pada pukul 1.15 petang semalam di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, tangkapan itu menjadikan jumlah individu yang telah ditahan berkaitan ke pergaduhan tersebut meningkat menjadi 14 orang setakat ini.

“Setakat ini, pihak polis telah menahan seramai 13 lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia antara 15 hingga 36 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Ahad lalu, tular sebuah video berdurasi 28 saat yang memaparkan tentang kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu dalam media sosial.

Insiden pergaduhan tersebut dipercayai susulan pergaduhan yang membabitkan pelajar di hadapan sebuah sekolah di Kempas, di sini Rabu lalu.

Akhbar melaporkan beberapa pelajar sekolah menengah mengalami kecederaan setelah terlibat dalam pergaduhan dipercayai berpunca akibat tidak puas hati dibaling dengan pemadam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya