Dua beradik rentung selepas terperangkap

Dua beradik rentung selepas terperangkap

ROBIAH Ismail (dua dari kanan) reda dengan kehilangan dua anaknya dalam kebakaran di Kampung Mentuan, Binjai, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua beradik termasuk seorang down sindrom ditemui rentung selepas rumah keluarga mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Mentuan, Binjai di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Huzaifah Ab.Halim, 31, yang mengalami masalah kesihatan dan adik bongsunya yang merupakan sindrom down, Aisyah, 22, dipercayai terperangkap dalam kebakaran rumah terbabit kira-kira pukul 8.30 malam.

Kakak mangsa, Rasyidah, 34, berkata, ibunya, Robiah Ismail, 59, tiada di rumah ketika kejadian apabila pergi menunaikan solat fardu isyak di sebuah masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah.

Menurutnya, kejadian tersebut disedari jiran mereka selepas melihat kepulan asap dan api marak selain beberapa kali terdengar bunyi hon kereta.

“Saya kemudiannya menerima panggilan daripada adik saya yang bekerja di Kuala Lumpur dan memaklumkan bahawa rumah ibu terbakar.

“Sebaik menerima panggilan, saya bergegas keluar untuk melihat keadaan rumah ibu yang ketika itu sudah hampir terbakar keseluruhannya,” katanya ketika ditemui pemberita berhampiran rumah jirannya di sini sebentar tadi.

Rasyidah memberitahu, dua adiknya terperangkap di dalam kebakaran rumah terbabit selepas dipercayau tidak sempat menyelamat diri.

Katanya, kebiasaannya, ibu akan meninggalkan dua beradik itu di rumah semasa menunai solat berjemaah di masjid.

“Sekiranya adik lelaki saya sihat, ibu tidak akan tinggalkan kedua-dua adik kerana sudah pasti bimbang keselamatan mereka,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya