PETALING JAYA: Penggubalan dasar gaji progresif langkah terbaik buat rakyat dan pelan mencapainya tidak boleh sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam’. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Effendy Abdul Ghani berkata, gaji progresif adalah gaji munasabah dan bermaruh yang menang-menang untuk kerajaan, majikan dan pekerja. Menurut beliau, tindakan menggubal dasar itu menggambarkan kerajaan serius mahu membantu rakyat mendapat pendapatan setanding dengan pertumbuhan ekonomi. “Apabila ada pengumuman daripada Kementerian Ekonomi, ia menampakkan betapa serius kerajaan untuk mulakan perbincangan awal dan lebih agresif selepas ini untuk kita beralih kepada gaji…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya