Dakwaan murid dijemur hanya kelemahan komunikasi - Exco - Utusan Malaysia

Dakwaan murid dijemur hanya kelemahan komunikasi – Exco

TANGKAP layar akaun TikTok mendakwa murid berusia tujuh tahun didenda berhimpun ketika cuaca panas terik di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dakwaan ibu bapa yang mengatakan sebuah Sekolah Agama di Pasir Gudang, di sini mendenda murid-murid yang lambat hadir dengan berhimpun dalam keadaan panas hanyalah disebabkan kelemahan komunikasi.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, ketika itu pihak sekolah sedang mengumpulkan murid-murid untuk merekodkan kedatangan.

Walau bagaimanapun, siasatan telah dimulakan dan laporan penuh tentang kejadian itu dijangka akan diterima minggu depan.

“Mungkin berlaku kelemahan komunikasi, kita akan pastikan ia tidak berulang. Saya dapat maklumat awal kejadian itu bukan denda atau hukuman, sebaliknya sekolah sedang mengatur murid-murid untuk masuk kelas.

“Pihak sekolah sedang ambil kedatangan di kawasan luar terlebih dahulu sebelum masuk kelas, tiada sebarang unsur penderaan atau hukuman.

“Walau bagaimanapun, kami ambil maklum kerisauan ibu bapa dan akan memastikan kesejahteraan dan keselamatan anak-anak mereka, khususnya di kawasan sekolah,” katanya diminta mengulas dakwaan seorang ibu yang mengatakan anaknya berusia tujuh tahun dijemur di bawah terik matahari pada pukul 2 petang oleh sebuah sekolah agama di Pasir Gudang dipercayai kerana datang lewat ke sekolah.

Mohd. Fared berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, murid-murid sekolah agama dibenarkan memakai pakaian sukan atau pakaian bersesuaian ekoran keadaan cuaca panas ketika ini.

“Ya, sudah ada pekeliling yang dikeluarkan melibatkan kebenaran untuk anak murid Sekolah Agama Johor memakai baju sukan ke sekolah, memang dibenarkan. Kita guna kaedah seperti yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan.

“Pakaian program Karakter Murid Johor ataupun baju T berwarna putih dengan seluar sukan juga dibenarkan, yang penting kemas dan menutup aurat,” jelasnya sambil memaklumkan semua aktiviti luar bilik darjah juga ditangguhkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya