Cuaca panas: Thailand tingkatkan rondaan di sempadan Malaysia

Cuaca panas: Thailand tingkatkan rondaan di sempadan Malaysia

CHALERMPORN Khomkhew semasa ditemui pemberita di pejabatnya di Narathiwat, Thailand semalam.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARULZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Pihak berkuasa negara ini meningkatkan lagi rondaan mencegah aktiviti penyeludupan di sempadan Thailand-Malaysia susulan air Sungai Golok mula ‘kering’ akibat cuaca panas ketika ini.

Komander Divisyen Infantri ke-15 Tentera Diraja Thai Mejar Jeneral Chalermporn Khomkhew berkata, rondaan tersebut bagi memastikan kawasan sentiasa berada dalam keadaan terbaik sekali gus membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, pada masa sama pihak tentera turut menjalinkan kerjasama dengan agensi sempadan lain seperti Polis Marin dan Jabatan Kastam dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan.

“Kami turut mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa di Malaysia dalam membendung aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Selain itu, kami sentiasa bertukar maklumat mengenai aktiviti rentas sempadan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Chalermporn memberitahu, pengusaha bot di kawasan sempadan Thailand-Malaysia diwajibkan mendaftar dengan pihak berkuasa di negara ini.

Katanya, tindakan itu bagi membantu pihak tentera menjejaki pemilik tidak berdaftar selain memantau aktivti jenayah rentas sempadan.

“Jadi jika ada bot yang tidak didaftarkan, kami tidak akan teragak-agak untuk merampas bot itu dan kemudian memusnahkannya. Aktiviti penyeludupan diakui berlaku sepanjang masa. 

“Namun cuaca panas yang sedang melanda ketika ini menyebabkan sungai semakin kering dan kita harus lebih berwaspada . Hal ini kerana keadaan itu membolehkan rakyat kedua-dua negara boleh menggunakan sungai untuk menyeberang pada bila-bila masa yang mereka mahu,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya