Cuaca panas: Tanaman padi LPP tidak terjejas - Utusan Malaysia

Cuaca panas: Tanaman padi LPP tidak terjejas

NIK Mohd. Shaharil Nik Md Hashim (dua dari kanan) merasmikan Pelancaran Pembukaan Semula Stesen Minyak Petron Taman Sri Chempedak, Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Tiada mana-mana kawasan penanaman padi di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) yang terjejas setakat ini berikutan cuaca panas yang melanda.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP, Nik Mohd. Shaharil Nik Md Hashim juga menjelaskan, kesemua kedai hasil ladang LPP iaitu Peladang Outlet juga tidak mengalami masalah bekalan berikutan isu cuaca berkenaan.

“Kebanyakan kawasan penanaman padi di bawah LPP adalah kawasan di luar jelapang. Di kawasan penanaman padi seperti di Kampung Sungai Buloh di Jelebu ini sedang mengalami peralihan musim dan setakat hari ini Alhamdulillah ia tidak terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pembukaan Semula Stesen Minyak Petron Taman Sri Chempedak, Kuala Klawang di sini hari ini.

Stesen minyak berkenaan merupakan milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Jelebu yang telah beroperasi sejak tahun 1994. Ia telah ditutup sejak bulan September tahun lalu ekoran kerja menaik taraf dan dibuka semula pada bulan lalu.

Ia merupakan penyumbang utama kepada perolehan dan pendapatan PPK Jelebu selain daripada aktiviti ekonomi lain termasuk premis sewaan, tanaman kelapa sawit dan tanaman durian.

Nik Mohd. Shaharil sementara itu berkata, pihaknya ada menerima cadangan daripada beberapa PPK yang mahu membuka stesen minyak terutama di laluan lebuh raya baharu yang berdekatan dengan PPK.

“Ia bagi membolehkan pertubuhan untuk mengorak langkah serta menjana pendapatan mereka. Stesen minyak bukan milik LPP namun ia adalah milik PPK,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya