Cuaca panas melampau bukan halangan buat kaki pancing

Cuaca panas melampau bukan halangan buat kaki pancing

PEMANCING turut menggunakan khidmat sewa sampan fiber memancing di kawasan unjam laut Kelantan/Terengganu, hari ini.-UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Aktiviti memancing rekreasi sekitar perairan Kelantan bermula dari Kuala Tok Bali, di sini masih rancak walaupun suhu melebihi 37 darjah Celsius.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang kaki pancing, Parizal Abdullah, 50, berkata, penyediaan bekalan air minuman yang mencukupi dan pakaian yang sesuai dengan cuaca sekarang adalah keperluan utama pemancing.

Menurutnya, permintaan terhadap perkhidmatan bot pemancing dan sampan fiber tidak terjejas kerana masih ramai pemancing yang menyewa secara berkumpulan untuk mengail ikan.

“Kehadiran sotong tanpa musim juga menggamit keinginan kaki pancing untuk menyandat sotong yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Cuaca panas bukan penghalang dan harga sewa bot untuk siang hari adalah antara RM700 hingga RM800 berdasarkan jarak ke lubuk ikan (unjam) manakala untuk semalaman sewaannya mencecah RM1,000 ke atas,” katanya ketika ditemui di perairan Kelantan dan Terengganu, di sini semalam.

Seorang lagi pemancing, Shamsudin Mohamed, 44, berkata kaki pancing yang khuatir kehadiran ribut pada waktu malam membuat pilihan menyewa antara lapan hingga sembilan jam untuk mengail ikan kerisi dan kerapu di sekitar unjam darat dan laut.

Menurutnya, ikan yang diperoleh adalah lebih segar dan keluar secara berkumpulan menjadikan sewaan bot lebih murah dengan kaedah berkongsi bayaran.

“Setakat ini tidak terdengar lagi ada pemancing yang kelesuan haba kerana kebanyakannya bot dan sampan fiber memasang pukat hitam penghadang cahaya selain kabin untuk untuk kaki pancing solat dan berehat,” katanya.

Shamsudin berkata, hasil yang diperoleh bergantung kepada ketentuan rezeki dan faktor arus dasar laut namun kebanyakannya tidak akan pulang kosong.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya