Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat -

Cuaca panas, KKM jangka kes strok haba meningkat

LUKANISMAN Awang Suani (tiga dari kanan) semasa merasmikan Majlis 4th Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan jumlah kes strok haba di negara ini dijangka meningkat sekiranya kemarau dan cuaca panas melampau berterusan sejak bulan lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Suani berkata, sehingga semalam, sebanyak 14 kes melibatkan strok haba dilaporkan iaitu enam di Kelantan, Sarawak (5 kes) dan Sabah (3 kes).

Menurutnya, daripada jumlah itu, tujuh individu dewasa dikesan diserang strok haba, tiga kanak-kanak, masing-masing dua warga emas dam remaja.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan jumlah kes strok haba akan meningkat sekiranya cuaca panas berterusan dalam tempoh yang panjang.

“Daripada 14 kes yang dilaporkan, ia melibatkan beberapa kategori direkodkan iaitu empat kes strok haba, empat kes lagi kelesuan haba dan enam kes kejang haba,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Intermediate Electrocardiogram Conference 2023 di sini hari ini.

Lukanisman memberitahu, dalam tempoh itu, satu kes kematian akibat strok haba dilaporkan melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan baru-baru ini.

Katanya, semua kes berkenaan dirujuk di hospital dan semuanya pulih malah keadaan kes melibatkan strok haba ketika ini dilaporkan masih terkawal.

“Memandangkan cuaca panas sehingga Ogos ini, orang ramai yang dikesan mengalami simptom strok haba disarankan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital berdekatan.

“KKM juga telah mengenal pasti lokasi-lokasi yang mungkin mempunyai suhu yang tinggi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) supaya memberi maklumat yang cepat dan  tindakan dapat dibuat menerusi fasiliti di seluruh negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya