Beri peruntukan adil kepada wakil rakyat pembangkang - Tengku Hassanal - Utusan Malaysia

Beri peruntukan adil kepada wakil rakyat pembangkang – Tengku Hassanal

TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (dua dari kiri) memeriksa kawalan kehormatan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri diingatkan supaya memberikan peruntukan yang adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya landskap politik negeri perlu diubah selari dengan 66 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Baginda bertitah, 66 tahun tempoh kemerdekaan ini sepatutnya politik negeri sudah matang dan yang menjadi kerajaan negeri harus meraikan pembangkang kerana mereka juga dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah juga bertitah, pembangkang pula dalam pada itu diingatkan agar tidak menghentam semua usaha yang sudah dilakukan kerajaan negeri.

“Apa yang baik berilah pujian, apa yang kita kurang berikan pandangan. Rakyat mahu politik yang stabil dan matang,” titah baginda.

Pemangku Raja Pahang bertitah, Pahang perlu terus bergerak laju ke hadapan dan mesti menjadi contoh kepada negeri dan negara lain.

“Saya harus berikan pujian saya kira kerajaan saya sekarang dalam landasan betul. Hasil negeri meningkat dan adanya pelbagai inisiatif yang baik untuk rakyat.

“Namun masih ada banyak yang boleh di tambah baik. Fokus lebih kepada masalah dihadapi rakyat seperti bekalan air, jalan raya, banjir, peluang pekerjaan, kesesakan lalu lintas, keselamatan, pembangunan belia dan sebagainya,” titah baginda.

Baginda dalam masa sama turut menasihatkan agar kesemua projek-projek kerajaan yang dilaksanakan tidak lewat dari jadual yang sepatutnya.

“Projek yang sepatutnya siap awal rugilah kalau siap lewat. Lambat rakyat saya merasa nikmatnya.

“Kepada kontraktor yang melaksanakan projek tersebut pula, buat betul-betul. Guna bahan bermutu tinggi dan ikut spesifikasi… jangan curi-curi,” katanya.

Tengku Hassanal turut menasihatkan pegawai kerajaan dan penjawat awam supaya bergerak laju serta pantas dalam melakukan tugasan.

“Proses birokrasi dan menyusahkan buang jauh-jauh. Kepada majikan swasta juga sama kerajaan telah sedia itu, ini, maka pulanglah balik kepada kerajaan dalam bentuk cukai, zakat dan program khidmat masyarakat. Apabila sudah untung lebih, jangan lupa beri beri semula kepada pekerja. Ada untung lebih bayarlah gaji pekerja lebih sikit atau beri bonus lebih baik,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya