Berhenti ganggu kerajaan perpaduan - Abdul Halim - Utusan Malaysia

Berhenti ganggu kerajaan perpaduan – Abdul Halim

Abdul Halim Suleiman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti pembangkang, khususnya komponen dalam Perikatan Nasional (PN) diminta berhenti mengganggu pentadbiran kerajaan perpaduan ketika ini, sebaliknya bersama-sama menyokong usaha memelihara kestabilan negara.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, tindakan berpolitik secara tidak matang itu hanya akan mendatangkan huru-hara dalam negara.

Beliau berkata, negara sudah berdepan pelbagai ketidakstabilan politik sehingga memberi impak negatif daripada segi ekonomi dan pelaburan, khususnya sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Tak perlu lagi nak huru-harakan negara dengan tindakan politik tak matang serta hanya mengejar kepentingan kuasa atau mengutamakan kehendak peribadi sahaja. Sebaiknya, puak pembangkang jalankan tanggungjawab dengan cara yang terbaik. 

“Lakukan sebagai ‘check and balance’ untuk kerajaan perpaduan melaksanakan amanah mentadbir dan membawa Malaysia kembali ke landasannya semula. Hendak bangkang atau kritik boleh, tapi jangan buat tuduhan tak logik terhadap setiap usaha kerajaan dan kalau benda baik dibuat kerajaan pun kamu nak kritik atau perlekehkan, payahlah nak cerita,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Abdul Halim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tebrau mendakwa, para pemimpin PN daripada Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) terus menerus mengganggu kestabilan kerajaan perpaduan. 

“Sampai timbul pula cerita ada gerakan cuba menjatuhkan kerajaan yang ada hari ini melalui akuan bersumpah (SD) baharu. UMNO juga yang sering dipersalahkan oleh PN dengan membuat tuduhan melulu serta serangan peribadi terutamanya terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Seolah-olah kerajaan perpaduan ini adalah kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti sebelum tahun 2018. PN ni tak sedar kerajaan yang wujud hari ini adalah hasil gabungan parti dan bukan dominasi sebuah parti sahaja, mungkin kerana mereka tidak puas hati hakikat bahawa walaupun UMNO hanya menang 30 kerusi tetapi masih boleh menjadi kerajaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya