Bekas ketua perisik, Hasanah meninggal dunia

Bekas ketua perisik, Hasanah meninggal dunia

ALLAHYARHAM HASANAH ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 66 tahun.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhirnya di kediaman beliau sendiri di Desa Pinggiran Putra pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Berdasarkan laporan sebuah portal, Hasanah meninggal dunia akibat penyakit kanser hati yang dihadapinya sejak September tahun lalu.

Difahamkan, allahyarham akan disolatkan di Surau Al Ikhwan Desa Pinggiran Putra, Kajang dan akan dikebumikan di Pusara Taman Raudhatul Jannah KLM.

Hasanah sebelum ini dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia empat tahun lalu.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Penyelidikan di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, antara 30 April dan 9 Mei 2018.

Beliau telah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Habis/ 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya