Bekalan gula di Terengganu, Kelantan pulih minggu ini

Bekalan gula di Terengganu, Kelantan pulih minggu ini

KPDN memeriksa bekalan gula di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan kekurangan bekalan gula di Terengganu dan Kelantan yang berlaku pada musim perayaan Aidilfitri lalu akan pulih sepenuhnya pada minggu ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Azman Adam berkata, pihaknya memberi jaminan tersebut selepas dua syarikat pengeluar gula utama di negara ini memberi komitmen untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di pasaran dalam tempoh segera.

Menurutnya, dua syarikat pengeluar gula utama itu ialah Central Sugar Refinery Sdn. Bhd. (CSR) dan MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM).

Pada masa sama, katanya, syarikat pemborong dan pembekal pula terlibat pula diarahkan mengedarkan segera bekalan gula yang diterima untuk mengelakkan pengguna menghadapi masalah mendapatkan barangan keperluan itu.

“Syarikat pemborong dan pembekal diingatkan tidak menyorok bekalan gula sehingga menyebabkan bekalan gula berkurangan di pasaran.

“Tindakan tersebut juga akan menyebabkan berlaku pembelian panik dalam kalangan pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak di sini, semalam.

Azman memberitahu, KPDN turut melancarkan Ops Manis khususnya di Terengganu dan Kelantan bermula semalam bagi menguruskan isu-isu berkaitan bekalan gula di kedua-dua negeri itu.  

Jelasnya, pihaknya akan memastikan bekalan gula tersebut dapat dihantar kepada pemborong, pembekal dan peruncit mengikut masa yang ditetapkan pada Ops Manis itu.

“Kita dah pernah menghadapi situasi ini (kekurangan bekalan gula) dan kita telah matang untuk menangani isu tersebut,” ujarnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan peniaga di daerah ini dan Kuala Terengganu mendakwa bekalan gula semakin berkurangan di pasaran sejak Sabtu tahun lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya