PETALING JAYA: Tiga tahun bergelar janda, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat semakin intim dengan teman lelakinya, Tiko Aryawardhana. BCL seperti sudah sedia membuka hatinya untuk cinta baharu bagi menggantikan tempat arwah suaminya, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2020. Tiko yang pernah belajar di sebuah institusi pengajian tinggi bersama dengan BCL adalah duda anak tiga dan bekerja sebagai pegawai bank. Semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu, BCL mengenakan busana lebaran senada dengan motif bunga-bunga yang dihiasi warna jingga dan hijau. Tiada lagi raut wajah kesedihan pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya