Bayi usia sebulan selamat dalam kemalangan

Bayi usia sebulan selamat dalam kemalangan

KEADAAN Perodua MyVi yang remuk selepas terlibat kemalangan dengan dua buah bas di Kilometer 115.3 di Jalan Raya Timur Barat, Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Seorang bayi berusia sebulan terselamat daripada maut selepas kereta yang dinaiki bersama kakak, ibu dan bapanya berlanggar dengan dua buah bas di Kilometer 115.3 Jalan Raya Timur Barat di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang itu mangsa Nur Aurora Medina Mohamad Amirulizman, kakaknya Nur Adelia Malaiqa, 3, dan bapa Mohamad Amirulizman  Suhaimi, 29, yang merupakan anggota tentera terselamat dalam kemalangan tersebut.

Bagaimanapun ibu kepada kanak-kanak berkenaan Ain Zulaikha Raja Ismail, 29, patah tulang pinggul.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, kemalangan tersebut melibatkan dua buah bas dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati setiba dilokasi kereta yang dipandu anggota tentera dari arah bertentangan lalu hilang kawalan di kawasan selekoh lalu melanggar sisi kanan sebuah bas.

“Kereta tersebut kemudian telah bertembung dengan sebuah lagi bas. Bagaimanapun kesemua penumpang bas tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih lagi dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya