PETALING JAYA: Harga ayam dijangka naik 30 peratus atau RM26 seekor pada Julai ini dipengaruhi kelewatan pembayaran subsidi kepada penternak. Kenaikan juga didakwa bersangkutan keputusan kerajaan untuk mengapungkan harga bahan mentah tersebut pada Julai. Sumber industri yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, berdasarkan libat urus dengan penternak ayam bersepadu, penternak kontrak serta pemborong, masing-masing resah kerana ketiadaan subsidi akan memaksa setiap sub-rangkaian industri ayam untuk menaikkan harga kerana tidak mampu menanggung kos operasi. Kata sumber, semua penternak sedang `sakit’ kerana kerajaan mengenakan kawalan harga tetapi tiada langkah intervensi bagi membantu industri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya