Asrama SMK Felda Jengka 2 terbakar - Utusan Malaysia

Asrama SMK Felda Jengka 2 terbakar

ANGGOTA bomba memeriksa dan memadamkan api yang merebak ke bahagian siling dalam kebakaran asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka 2 di Maran, Pahang. - FOTO/IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Pelajar yang tinggal di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Jengka 2 di sini terkejut apabila bangunan kediaman itu terbakar, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.18 pagi itu, pelajar asrama tersebut bergegas turun ke kawasan lapang apabila dimaklumkan amaran kebakaran yang bermula di sebuah bilik di situ.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pegawai kanan operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jengka, Marzuki Isa mengesahkan kebakaran berlaku di asrama itu berpunca daripada sebuah loker pelajar.

“Dinding berdekatan dengan loker tersebut serta siling turut terjejas hampir lima peratus akibat kebakaran ini dan dapat dipadamkan oleh anggota bomba dengan menggunakan alat pemadam api.

“Operasi pemadaman ini melibatkan seramai tujuh orang anggota dari BBP Jengka yang bergegas ke tempat kejadian dengan dua buah jentera sejurus menerima panggilan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ujar Zulfadli, siasatan punca kebakaran tersebut masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya