APM tangkap anak buaya tembaga di Pantai Saujana, PD - Utusan Malaysia

APM tangkap anak buaya tembaga di Pantai Saujana, PD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seekor anak buaya tembaga ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas ditemukan terdampar di Pantai Saujana, Batu 4 di sini awal pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Port Dickson, Kapten (PA) Mohamad Azri Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan anak buaya berkenaan daripada pusat kawalan operasi pada pukul 1.29 pagi. 

“Setibanya di lokasi, anggota APM mendapati terdapat seekor anak buaya dipercayai jenis tembaga dengan anggaran berat sebanyak 800 gram terdampar di pantai berkenaan. 

“Anggota APM menangkap buaya berkenaan dengan menggunakan peralatan khas. Kami akan menghantar anak buaya tersebut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Mohamad Azri dalam pada itu menasihatkan orang ramai yang menemukan buaya atau hidupan liar yang lain agar memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan segera. –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya